Thursday, March 7, 2013

HARI MAKAN SEDUNIA

test test test.
dah berapa kali kena marah dengan pororo sebab tak update yang baru.
sebenarnya aku malas sayang,kelas pack gila sampai i pun nak gila #ehdahkenapa


 cuti sem hari tu kan panjang so tak salahkan kalau aku luangkan masa dengan kawan-kawan aku esp my bff.happenning wokk!seronok gilosss! Lagi satu dah alang2 ein balik malaysia cuti kebetulan sama dgn cuti kitaorang maknanya tak salah untuk membazir duit sekali-sekala #Eh!


they are my bff,hidayah and amalina~


kitaorang ni esp aku dgn daya kaki karok sebenarnya.Ein terinfluence dgn perangai kiteorang yang suka melalak ni but at the end Ein yang cover kiteorang nyanyi sebab dah xlarat dah penat sakit tekak dan macam-macam alasan lagi.hahahaha










Paling bersejarah apabila Nurul Syafeena dan Nur Hidayah buat kek untuk pertama kali dalam hidup mereka.Of course la kiteorang bangga dengan pencapaian lebih 20 tahun ni.Gila la rasa masih tak percaya,dah la sedap pulak tu keknya lagilah rasa kembang-kempis je tidur malam asyik senyum.Semua ni dengan bantuan Sharifah Amalina yang banyak membantu kami,ternyata duduk di perantauan banyak mengajar Ein lebih pandai memasak.kikikikiki~




taraaaaa ni la hasil kerja selepas bertugus-lumus berhempas-pulas kat dapur.Paling kelakar bila oven yang aku nk guna bakar kek ni rosak pulak,terpaksa la berlari pergi rumah nenek mintak periuk serba guna zaman jepun nak buat bakar kek.



akan aku kenang jasamu wahai perwira dapur.


petang tu pulak lepas buat kek,plan kiteorng buat bbq pulak.MAKAN LAGI!!!memang cuti ni aku naik 2kg.arghh tension seh baru cuti sebulan belum yang tiga bulan.giler giler.Kiteorang buat bbq kat rumah atuk port belakang rumah tempat angin sepoi bahasa lalu.Memang terbaik la atuk pun join sekaki tambah menu bbq.hahahaha.muah muah atuk sayang.Sampai-sampai rumah atuk dengan bawak barang bbq aku dengar suara Dania,class ko jah dania balik nak bbq sekali.



Penggemar puding kak epin,sedap kan dania kannnn~



mangsa kebakaran yang dilaporkan masak sempurna sedap tak terhingga.




baru sikit ada lagi kat dapur belum dikeluarkan ni


malam tu dah kenyang memang tak buat apa la kan golek sana golek sini macam paus terdampar sambil berborak hal masing-masing dgn pakwa-pakwanya mcm kt bawah ni 








meet our heroes :DDDDD





p/s: hasil kerja tangan aku bila semua orang xe kt rumah pergi kerja dan hari sebelum diaorang datang rumah aku.aku buat empat je nasi pataya tu sebab kiteorang empat orang je yang kat rumah sekarang ni.sunyi ok



hari ke-3 diaorang kat rumah aku,ada lagi projek nak buat.Projek ni yang paling aku tunggu-tunggu.Sushi time!!!!Kesian dapur mak jadi mangsa lagi.hahaha.Plan asal cuma nak buat sushi je tapi bila barang2 dah ready timbul idea nak buat bento pulak (lunch box)



ini adalah the making of sushi ye rakan-rakan.




bento ni aku buat berdasarkan imaginasi aku.kotak kiri sebelah atas adalah gu jun pyo versi gemuk.sebelah dia ahjumma versi bajet cun dan yang bawah orang-orang kat sawah padi.kreatif kan aku (puiiiiihhhhh)





abaikan kaki gajah tu dan fokus pada lunch box yang aku,daya dan ein buat :D

time nak buat benda ni aku dengan daya asyik gaduh je.berebut brokoli jgn cite la kan aku curi dia,dia curi aku.daya pulak asyik kena marah dengan aku je potong tak betul,gaul ayam tak betul ade je aku cari pasal dengan dia.sori daya.hihihihihi.ein jugak yang jadi orang tengah kalau tak mau bertumbuk aku dengan daya kt dapur puan masrifah.



sebelah petang pulak,berpiknik sambil makan bento dan sushi,air kelapa fresh dari pokok dan tebu.arghhh best giler!!!hahaha.piknik ni ein yang nak sebab mana nak dapat air kelapa dgn tebu kt german.














cuti sem kali ni memang best.plan nak makan tanpa henti berjaya kiteorang tunaikan.mungkin plan cuti sem depan adalah untuk bersenam tanpa henti.TAK MUNGKIN rasanya.sayonara ein,hati2 kat negara orang.daya jgn nak buat mcm ko belajar jauh je,aku ni algi jauh ok.haha








with love,epin :)










Sunday, January 20, 2013

Merajuk konon~

Sapa yang nak mengaku kalau orang cakap kat kita macam ni, "Eiii ko ni kuat merajuk kan...."

Even aku pun xkan mengaku kalau ada orang cakap macam tu.peliss la apa barang cepat merajuk,kuat merajuk atau asyik merajuk je.Ingat ni budak-budak ke sikit-sikit je merajuk.Tapi hakikatnya aku rasa aku ni cepat merajuk orangnya.Aku dah buat eksperimen kat diri sendiri,boleh tahan cepat terasa la orangnya.HAHAHAHA.Tapi still tak nak mengaku kalau orang cakap kuat merajuk ke cepat tacing.

Antara sebab aku taknak mengaku;First taknak orang rasa annoying dengan aku,eh serius la semua orang pun xnk orang pandang mcm tu kan.Second is kalau boleh biar la orang tu paham-paham sendiri yang kita ni sebenarnya merajuk,bahasa mudahnya nak suruh orang PUJUK.kahkahkahkah.Untung la kalau ada yang nak pujuk,kalau orang cakap ada aku kisah ko merajuk ke tak padan muka aku sendiri lah kan.Third is tak perasan pun yang sebenarnya kita ni merajuk or terasa sampai la bila baring pikir balik tu sebenarnya merajuk la kan kalau balas orang tu dengan ayat ok xpe,ok fine,xde pape lah.Aku berani cakap ada yang terasa.kan kan kan


Sekarang ni memang masih dalam mood terasa dan merajuk.Kesimpulannya aku dengan Ein plus Daya kiteorang buat plan sendiri.Konon-konon nak bawak diri la kami bertiga ni.kehkehkeh.Lepas ni jangan cakap yang kitaorang tak ajak,tak plan,tak pelawa dan blablabla.Kalau rasa nak jumpa sila la datang taknak jumpa takpe.Masalahnya Ein ni pulak pergi Kelantan,dah lama tak balik Msia la katakan,aku dan Daya sabar menanti kepulanganmu~~~ayat nak best!!


Btw kat sini apa yang aku nak sampaikan korang kalau rasa nak marah,merajuk,sedih,menangis dan apa jelah yang melibatkan feeling luahkan je jangan tahan-tahan.Tapi kena ingat jugak dalam mengekpresikan feeling tu ingat-ingat la orang sekeliling dan jangan over ekspresi sudehhhhh.kikikiki~~


Monday, January 7, 2013

selamat pagi!~

Pagi ni aku bangun sebab dengar roomate aku mengemas,packing barang,mengasingkan barang ke tepi bilik.aku duduk kat katil merenung barang-barang dia,boleh tahan jugak banyaknya.Disebabkan cuti sem ni,kami telah dipaksa untuk mengosongkan bilik...rumah sebenarnya.Awal dia kemas barang-barang dia(kitaorang gunakan istilah gotong-royong)padahal paper aku lagi awal habis dari dia TAPI disebabkan aku ni balik lambat seminggu mood untuk kemas barang takadalangsung!!SOOOOO APA GUNA HABIS PAPER AWAL!!!!!!!!!!!!


Seminggu aku kena stay kolej sebab ada bengkel band.Ye aku budak band,tak payah nak buat mulut terlopong konon-konon terkejut,macam la tak tahu aku memang dari sekolah form 1 lagi memang budak band.(budak muzik,main alat muzik,lagha,selalu escape prep,selalu jugak gaduh dengan budak kawat kaki rebut dataran,gaduh dengan budak kawat,tapi disebabkan pakwe dulu budak kawat so xde feeling nak gaduh,budak band selalu kena kecam,lambat kosongkan asrama,buat bising malam-malam,selalu dianaktirikan dan bermacam-macam lagi).Aku ingat feeling aku bila masuk band kat universiti ni sama je dengan sekolah tapi rupanya lain.Kalau dulu lemah betul kalau ada pengumuman ada latihan band,orang lain terbongkang atas katil syok tido time tengahari buta kiteorang terpekik-pekik kat tengah panas buat formation,releks sikit kalau tengah musim wind okestra sebab latihan dalam bilik je.hihihi.Walaupun penat,mengeluh,berpeluh tapi rasa excited sebab dengan kawan-kawan.Kat sini time ada latihan atau event tak paksa pun nak pergi ke tak,ko kalau rasa bertanggungjawab dan paham komitmen sendiri ko paham-paham la nak pergi ke tak,takde nak paksa-paksa mcm kat sekolah dulu sampai kena marah sebab datang lambat.Datang lambat ok bukan tak datang langsung!!




nasib la sapa yg xde dlm gambar


Bukan aku tak suka yang kat sini,suka dan happy sebab memang minat aku dari dulu.Budak-budak kat sini pun best,sgt friendly dan supportive tapi satu je aku rasa kurang.Aku tak bersemangat macam dulu lagi and don't ask me why sebab aku pun taktahu kenapa :(((   Aku enjoy setiap piece lagu yg aku main,aku gelak dengan kawan-kawan aku ni,xde pulak rasa terbeban bila masuk band tapi perasaan tu tak sama dengan dulu.Aku rindu partner section aku,Iylia.Rindu giler-giler nak practise sama-sama.Dia je yang boleh kooldownkan aku kalau aku tengah bengang,aku pernah mogok taknak main lagu masa bengkel instrument gabung dengan sekolah lain time wind okestra sbp sebabnya aku tak reti baca skor!!hahahaha..lepas tu nak suruh main sorang-sorang,memang tak la kan.Malam tu jugak aku paksa si Acit ni temankan kiteorang kat bengkel tu sebab kiteorang berdua je,yang lain paling2 kurang 5 6 orang satu section (padahal Acit ade kelas conductor gak).Even pompuan,dua orang je tapi kena puji tau sebab bunyi boleh cover satu okestra,bangga tak bangga tak!!HAHAHA..Sebab tu kot aku rasa tak bersemangat mcm dulu,susah senang kiteorang dlm band orang taktahu,dari bawah perlahan2 band naik,dari sir azman handle band,sampai la dia merajuk keluar band,dari bas rosak kena tukar bas tepi highway nak pergi wind okestra,dari kena booo nyer dengan sekolah lain semua aku rasa.Haaa lagi satu,setakat aku dalam band,Acit was the best president and conductor.Sebelum main Acit akan cakap,senyum semua....hahaha dah mcm nak ambik gambar pulak.Dia bagi semangat time kiteorang down,conduct segala kepak bagai mcm nak terbang pun ada,naik hantu dia time mengamuk lagi.Aku dengan Iylia apa lagi,mengupat kat belakang..kikikikiki..


birthday surprise yg ke-17~





sengaja kecikkan gmbar.hihihi





Tak pasal-pasal la aku recall memories lama.Konon tacing la kan,sebenarnya tension semua dah nak balik aku je kena stay sini.Homesick okay nak balik rumah dah lama tak balik,besar gedabak pun masih homesick,mcm tak biasa je duduk jauh.ahhh tak kira,rasa comel apa bila homesick.kahkahkahkah!!Lagi satu yg buat aku eager nak balik,mak aku ni asyik hantar gambar je kat aku yg berkaitan dengan rumah,gambar kereta la,peti ais la,periuk ricecooker la,tv la,itu je dah boleh buat aku tension giler,apa permainan yg mak aku cuba main dengan aku sebenarnya..Bertambah tension nak kemas barang sorang-sorang,boringnyewwww!!hihihi




p/s: no heart feeling okay pasal entri ni,sekadar luahan perasaan je :)




Saturday, December 22, 2012

REDy to REaD!!



My thought red is agressive but seems we all like red in different ways =D
I met them and they stared at me,"eh kau pun pakai baju merah! what a coincidence ! "



skema



mula nak tunjuk taring



cover-cover dulu...



tudiaaaaa.......



lepas tu buat muka comel mcm tak bersalah.eh comel ke ! HAHAHA








Dulu aku dengan yang paling kecik memang tak suka langsung sejak dia lahir,sebab jarak dia dengan juan jauh la jugak,rasa dia akan grabbed attention semua orang,kalau jumpa mesti gaduh,ni gaduh yang betul-betul tapi sekarang rindu nak gaduh dengan dia rasa something missing kalau tak bergaduh.Dengan yang tudung hijau tu masa sekolah rendah memang perang mulut tapi sejak kitaorang sekolah menengah kami bestfriend(dia penasihat cinta,fesyen,dan kaki mengupat sama-sama).Dengan yang laki pun sama,dia dingin suam-suam kuku tapi selalu bagi mesej rindu,belajar rajin-rajin dan jaga diri baik-baik.Haaa pluss aku selalu gak tanya dia kalau laki suka tak pompuan macam tu macam ni.HAHAHAHA!!






btw kiteorang nampak gelap kan.actually kiteorang kulit cerah cuma aku selalu berpanas sebab tu sun burn,feeza memang kena berjemur tiap minggu kerja lapangan,juan futsal manjang dan feera........olahraga kat padang............KOT!hihihihi~~tak kira nak jugak cakap sebenarnya kiteorang tak gelap.nak jugak nak jugak.hahaha















p/s:semua bukan red warrior dan cuma ada 1 org je penyokong MU













Sunday, December 9, 2012

lazy but not loser

aku nk sangat menulis tapi malas.








kak pin ambik gambar ni dari fb papa

Monday, November 26, 2012

kenangan terindah~

assalamualaikum.

To make it simple,ahhh nak jadikan ringkas,

Aku memang tak ada masa nak update latest vacation.kalau still ingat previous post pasal yang dah lama tak jumpa tu sebenarnya aku,fatin nabila dengan daya pergi holiday kat langkawi DAN apa yg specialnya pasal holiday ni aku dapat jumpa si fatin ni lepas tiga tahun (kalau daya tu naik jemu,HAHAHAHA).Btw aku stay kat rumah fatin lama sikit daripada daya.Sampai hari rabu petang (sorry to fatin sebab terpaksa ambik aku kat alor star,plan asal aku nak turun dekat rumah dia kt gurun tu tapi last minute bas pergi gurun buat hal tu yg terpaksa suruh baba fatin ambik tu).

2 malam gak aku tidur rumah fatin,dia bawak aku pergi sungai petani naik motor.Maklumlah first time sampai  kedah tu yg mcm jakun,sebenarnya dah 2 kali pergi kedah tpi tak pernah pun travel kt kedah tu.Actually kiteorang ada misi kat sungai petani tu,cari baju RUNNING MAN. hihihihi (mesti tak berapa nak paham kan).Boleh katakan satu sp tu kiteorang round,and of course la fatin yg bawak motor kan,aku ni foreigner mana tahu jalan.hahaha.Tengah rushing cari baju running man boleh pulak something happened (aku period cramp,memang tak boleh nak digambarkan sakitnya).Alhamdulillah dekat nak petang jugak la aku ok balik dan kiteorang berjaya cari baju running man.yeahhhh!!puas hati sgt2!..lupa nak cakap fatin bawak motor macam pelesit,aku impressed giler tahap kelajuan yg dia capai.HAHAHA.otw nak balik kt trafic light,boleh pulak motor mati,dah la kat bukit.ni kalau nak harap fatin start motor tu balik memang xsempat lampu hijau motor tak hidup2,aku apa lagi suruh dia turun,aku yg start motor.nasib la motor tu hidup before lampu tukar jadi hijau.MALU wehhh,memg aku pecut giler2 la kan tak toleh belakang.sumpah rasa nak tanam muka dalam tanah time tu.hahaha


cerita pasal langkawi tengok kat blog daya ea sebab gambar yg kat aku banyak blurr mcm aku gak.huhu.aku ni memang ada je masalah dgn gambar,dulu time pergi melaka pun masalah gambar gak.coppppp!!beza langkawi dengan melaka kiteorang tak guna pun khidmat papago! mcm kt melaka dulu even kat melaka dlu pun SEPATOTnya tak payah pun guna papago tu (still nak ungkit cerita duduk melaka 20 tahun tpi tak tau jalan)
tekan sini



the best part was the time daya kena bebel dengan mak aku dalam fon sebab nak sangat beli pinggan mangkuk yg besar pluss berat giler tpi nk bawak mcm mana pun aku tak tau.rugi beb xrakam!hahaha








lepas tak nak jadi baju running man?hahaha


ni je yg mampu aku karang dan upload menggunakan broadband celcom yg lembab nak mati.sabo jelah.next vacation sapa nak handle??tengok gaya macam aku je.kikiki~~



kalau daya belikan mak dia pinggan aku belikan mak aku daim satu beg plastik!












p/s:seriously memang terbaik,kenangan tu penting babe~













Tuesday, October 23, 2012

cak!











cepat kan masa berlalu,pejam celik dah dekat 3 tahun.mintak-mintak la semuanya masih macam dulu dan jumaat ni insyallah kalau xada apa-apa halangan semuanya berjalan mcm yg dirancang.amin :D


















kasi hint sikit.haha